Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat
tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Dicatat oleh
yea_tantawi
Sabtu, 27 Mac 2010
ulasan (0)
GAMBAR HIASAN
Ta’rif Ikhtilat :
Perhimpunan yang melibatkan bilangan beberapa orang lelaki bersama-sama wanita dalam suatu tempat. Ianya merupakan perkara yang memang berlaku dalam kehidupan manusia secara amnya.
Keadaan Ikhtilat ini berlaku berpandukan suasana masyarakat, keagamaan dan sosialiti sesebuah institusi kemasyaratkatan tersebut. Perkara ini terjadi hatta dalam perkara ibadat sekalipun, contohnya dalam melakukan solat berjemaah, Tawaf, Wuquf di ‘Arafah, melontar di Jamrah dan lain-lain lagi urusan ibadat umat Islam. Bahkan dalam beberapa kes tertentu ia diharuskan dengan beberapa disiplin, untuk mengelakkan mashaqqah dalam kehidupan masyarakat seharian. Antara kes yang boleh dijelaskan ialah, kes pendakwaan di mahkamah dan suasana tempat perkerjaan.
Ikhtilat yang dijelaskan di atas adalah dibolehkan berdasarkan dhorurat yang berlaku dan ianya menepati beberapa kaedah feqh, antaranya :
i.الضرورات تبيح المحضورات
ii.الضرورات تقدر بقدرها
iii.الحاجة تنزل منزلة الضرورة
iv.الضرر الأشد يدفع بالضرر الأخف
Keharusan Ikhtilat dengan berdasarkan kaedah feqh tersebut mestilah dilihat berdasarkan keadaan yang memaksa, bukannya dengan tuntutan nafsu dan shahwat.
Perbezaan di antara Ikhtilat dan Khalwah.
Ta’rif Khalwah : seorang lelaki yang berada bersama-sama seorang wanitaajnabi dalam suatu tempat dengan ketiadaan suami kepada wanita tersebut ataupun mahramnya.
Hukum khalwah bagaimanapun dibolehkan sekiranya keadaan mendesak, sepertimana dalam kes rawatan yang menyebabkan berlakunya khalwah dengan sebab keuzuran mahram wanita tersebut untuk menemaninya. Namun adalah tidak digalakkan bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini dan terjadinya fitnah. Larangan tersebut dapat dilihat dari hadis Nabi s.a.w :
لا يخلون رجا بإمرأة إلا كان ثالثهما الشيطان - رواه الترمذى
Hukum asal bagi perlakuan Ikhtilat adalah harus manakala hukum melakukan khalwah adalah haram jika tidak terdapat di sana keadaan yang dibolehkan oleh syara’. Ianya bertujuan untuk mengelak dari berlakunya fitnah dalam masyarakat.
Dalil yang mengharuskan Ikhtilat.
Secara ringkasnya ia bolehlah dilihat dalam perkara berikut :
i.Wanita pada zaman Rasullillah s.a.w mengahdiri sembahyang berjemaah, solat Jum’at dan majlis-majlis ilmu
ii.Wanita pada zaman Nabi s.a.w turut menyertai peperangan.
iii.Perbualan di antara Saidina Musa a.s dengan dua orang puteri Nabi Shu’aib.
iv.Perbualan di antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Sabak..
v.Urusan perniagaan dan yang seumpamanya adalah tidak dapat lari dari perkara Ikhtilat
vi.Termasuk dalam kaedah ‘umumil Balwa yang tidak dapat dielakakn tetapi mestilah berdasarkan disiplin.
vii.Berdasrkan kaedah feqh yang telah dijelaskan di atas.
D. Abdul Karim Zaidan menjelaskan beberapa keadaan yang dibolehkan berlakunya Ikhtilat :
i.Keadaan darurat dan hajat
ii.Berjihad
iii.Menuntut Ilmu
iv.Memuliakan tetamu dengan ditemani oleh suami atau mahram.
Terdapat keadaan lain yang tidak disebutkan di sini dan ianya bolehlah ditentukan berdasarkan maslahah dan qias selagimana ianya meraikan disiplin syariat dan batas-batas hukum.
Disiplin yang mengharuskan Ikhtilat :
i.Wanita dan lelaki mestilah berada dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna dan mempunyai hijab (penutup) bagi memisahkan mereka berdua. Ia berpandukan firman Allah s.w.t :
يأيها النبى قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهم من جلبيبهن – الأحزاب 59
ii.Wanita tersebut tidak memakai bau-bauan atau perhiasan yang dapat dihidu dan dilihat oleh lelaki ajnabi, berpandukan firman Allah s.w.t :
ولا يبدين زينتهن الا لبعولتهن - النور 31
iii.Tidak menyebabkan berlakunya sentuhan seperti bersalaman atau seumpamanya. Ianya menjadi hukum yang disepakati oleh ulama kerna larangan menyentuh adalah lebih berat dari larangan untuk melihat wanita. Firman Allah s.w.t :
وقل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم ويحفظوا فروجهم وقل للمؤمنات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن،
ذلك أزكى لهم، إن الله خبير بما يصنعون - النور 30- 31
iv.Perbualan yang dilakukan tidaklah menjurus kepada perkara shahwat ataupun meransang kepada hawa nafsu. Bahkan adalah digalakkan untuk memendekkan tempoh percakapan pada kadar hajat dan maslahah dengan menjaga adab dan maruah. Firman Allah s.w.t :
فلا تخضعن بالقول فيطمع الذى فى قلبه مرض وقلن قولا معروفا – الأحزاب 32
v.Tidak mempunyai niat untuk melihat kepada lelaki atau wanita tanpa adanya keperluan. Ianya bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
vi.Tidak mempunyai shahwat ataupun nafsu ketika mana melihat di antara satu dengan yang lain. Ia merupkan mafsadah yang jelas diharamkam oleh syariat. Ia jelas sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis baginda Nabi s.a.w :
لا تتبع النظرة النظرة، فإن الأولى لك والآخرة عليك - رواه أحمد والدارمى
vii.Mengurangkan tempoh percakapan pada kadar yang sesuai mengikut keperluan, bagi mengelak berlakunya perkara yang shubhat dan fitnah.
viii.Mestilah maslahah dari perlakuan Ikhtilat tersebut lebih besar dan utama dari mafsadah yang akan berlaku.
Sekiranya semua disiplin ini dapat dipelihara maka ianya adalah diharuskan oleh syariat, tetapi jika berlaku sebaliknya ianya tetap dihukumkan sebagai haram dengan sebab ternafinya syarat yang telah ditetapkan di atas. Imam An-Nawawi bagaimanapun mengharamkan Ikhtilat sekiranya percampuran tersebut melibatkan seorang wanita dengan ramai lelaki dan mengharuskannya sekiranya melibatkan ramai wanita tetapi seorang lelaki.
( rujuk Sohih Muslim, jilid 9 m.s 109}.
Hukum bercakap dengan wanita malalui talian telefon.
Secara asasnya ia tidak boleh dita’rifkan sebagai Ikhtilat ataupun khalwat. Ini kerana Ikhtilat melibatkan percampuran yang bersifat umum pada suatu tempat, sedangkan perbualan telefon tidak melibatkan unsur-unsur tersebut. Begitu juga dengan khalwat, walaupun ianya hanya melibatkan interaksi dua pihak tetapi tidak melibatkan suatu tempat percakapan. Namun ianya masih tetap dihukumkan sebagai harus sekiranya ia menjaga disiplin yang telah ditetapkan dalam perkaraIkhtilat. Hukum tersebut juga meliputi dalam semua perkara yang melibatkan perbualan dengan menggunakan kemajuan teknologi semasa, sama ada dengan menggunakan talian telefon, Yahoo Masenger dan yang seumpamanya.
Rujukan: Khalifah Yang Agung Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a., Bismi Publisher 1986, Luqman Hakim.
Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah SWT.
Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.
Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As r.a. sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.
Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.
Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.
Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru al-As r.a. keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. bagi menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.
Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan raklyat.
Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca, air muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir. Katanya “ adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan bodoh ini”.
Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.
Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil. Setelah membacanya Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.
Surat khalifah Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya ”Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala”.
Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-
1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !
4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita ****** 1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya. 3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 6 - wanita wajib taat kpd suaminya. 7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri. 8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg
wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA'LAM
P/S: SEND LAA KAT SAPER2 @ KAWAN2 YG ANDA SAYANGI, BUKAN APER...TAK RUGI KITER BERPESAN2 CAMNI KAN2....TQ;)
Dicatat oleh
yea_tantawi
Jumaat, 26 Mac 2010
ulasan (0)
'KT MAKAM IMAM SYAFIE'
'MAKAM IMAM SYAFIE'
(kaherah mesir)
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
DILAHIRKAN;Pada pagi selasa '23 sep 1986'
PENGAJIAN;Pasti Al-Hidayah (1991-1992),sk Kg Chap 'SKKC' (1993-1998),smu 'A' Maahad Darul Anuar Pulau Melaka (1999-2005),Pusat Bahasa Arab Nilam Puri (2006),uni Al-Azhar as-Syarif (2006-skrg)..