13 Tip Rumahtangga

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Di Jalan Dakwah Kita Bernikah




Segala pujian bagi Allah SWT yang memiliki seluruh isi langit dan bumi ini. Selawat dan salam buat penghulu kepada segala nabi dan rasul, Nabi Muhammad SAW.

Kebahagiaan di dunia merupakan impian semua manusia. Tidak kiralah sama ada kaum lelaki mahupun kaum perempuan. Tetapi mereka yang hanya mencari kebahagiaan di dunia semata-mata pasti akan menyesali dengan perbuatan tersebut kerana kebahagiaan yang hakiki ialah kebahagiaan di akhirat.

Antara kebahagiaan yang ingin dikecapi ialah memiliki keluarga yang bahagia. Ketahuilah bahawa keluarga yang soleh dan solehah itu bermula daripada titik pertemuan antara pasangan lelaki dan perempuan yang mengikut batasan syarak.

Ada di antara pasangan lelaki dan perempuan yang terpaksa bernikah akibat berlaku fitnah yang cukup hebat antara keduanya. Hakikatnya fitnah tersebut adalah berpunca daripada diri pasangan tersebut.

Kadang-kadang si lelaki mengambil kesempatan untuk keluar bersama-sama dengan pasangannya, akhirnya timbul fitnah.

Kadang-kadang si perempuan yang tidak dapat menahan rindu pada pasangannya bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya kepada kawan-kawan di sekeliling. Akhir sekali timbul fitnah.

Saya sebenarnya tidak ingin bahas panjang tentang keadaan yang berlaku pada pasangan-pasangan yang terpaksa bernikah akibat berlaku fitnah yang cukup dahsyat antara mereka. Tetapi apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah batasan-batasan ataupun adab-adab pergaulan bagi mereka yang inginkan keluarga bahagia di masa hadapan.

Saya ingin bincangkan salah satu muamalah antara lelaki dan perempuan yang timbul keinginan untuk melansungkan pernikahan iaitu tentang bab pertunangan.

******

DEFINISI PERTUNANGAN

Keinginan seseorang untuk melakukan pernikahan kemudian meluahkannya kepada orang yang ingin dinikahinya.

Perlu diingatkan bahawa, Islam mengharuskan seseorang untuk melamar :

1. Perempuan dara yang masih belum dilamar orang

2. Perempuan janda yang sudah berakhir tempoh iddahnya. Perempuan janda yang saya maksudkan di sini ialah mereka yang dicerai atau kematian suami.

Terdapat beberapa jenis wanita yang dilarang untuk seseorang melamarnya iaitu

1. Perempuan yang menjadi mahram kepada si lelaki seperti kakaknya, ibunya dan lain-lain.

2. Perempuan dara yang sudah dilamar orang.

3. Perempuan janda yang masih berada dalam tempoh iddahnya.

4. Perempuan yang sudah bernikah dan suaminya masih hidup.

5. Perempuan yang sudah ditalak tiga. Perempuan ini haram dilamar kembali oleh suaminya yang menjatuhkan talak tiga kecuali setelah diceraikan oleh suaminya yang kedua dan tamat tempoh iddah.

6. Perempuan yang mempunyai pertalian darah dengan isterinya (masih hidup dan belum bercerai) seperti kakak ipar, adik ipar dan lain-lain.

Seseorang lelaki yang memiliki 4 orang isteri (poligami) diharamkan untuk melamar perempuan lain kerana lelaki hanya dibenarkan bernikah 4 sahaja pada satu-satu masa.)

******

DALIL-DALIL BERKAITAN PERTUNANGAN


قَوْله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ وَقَدْ خَطَبَ امْرَأَةً : اُنْظُرْ إلَيْهَا فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا الْمَوَدَّةُ وَالْأُلْفَةُ

Bermaksud : Sabda nabi Muhammad SAW kepada sahabat beliau iaitu Al-Mughirah bin Syu'bah ketika beliau melamar seorang perempuan "Lihatlah kepada perempuan tersebut. Sesungguhnya perbuatan itu akan menimbulkan perasaan kasih sayang dan satu hati antara kedua-duanya". Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi

إذَا أُلْقِيَ فِي قَلْبِ امْرِئٍ خِطْبَةُ امْرَأَةٍ فَلَا بَأْسَ أَنْ يَنْظُرَ إلَيْهَا

Bermaksud : Jika terlintas di hati seseorang untuk melamar perempuan, maka diharuskan untuk dia melihatnya (perempuan yang ingin dilamar). Hadis riwayat Abu Daud.


******

HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN PERTUNANGAN

ADAKAH HARUS MELIHAT WAJAH WANITA YANG INGIN DINIKAHI?

Adalah sunat bagi seseorang lelaki untuk melihat wajah perempuan yang ingin dinikahinya sebelum melamar dan setelah berazam untuk bernikah walaupun tanpa mendapat keizinan daripada perempuan tersebut atau walinya. Hanya memadai dengan keizinan daripada hukum syarak.

Tetapi sekiranya tidak ada keinginan untuk bernikah, maka hukum melihat perempuan tanpa hajat adalah haram. Ini merupakan pendapat Imam Syafie Rahimahullah, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dan Al-Imam Ramli. Walaupun begitu lebih elok sekiranya seseorang itu meminta izin terlebih dahulu.

(Hal ini kerana sekiranya seseorang hanya dibenarkan melihat wajah perempuan setelah melamarnya, maka akan timbul kesulitan sekiranya perempuan tersebut tidak berkenan di hati. Begitu telitinya agama Islam sehingga dalam perkara sebegini sekalipun.)

Manakala Imam Maliki Rahimahullah pula berpendapat bahawa perlu mendapat keizinan perempuan tersebut untuk melihat wajahnya.

Lelaki hanya dibenarkan melihatnya sahaja tanpa menyetuh perempuan tersebut walaupun berlapik. Hukumnya adalah haram walaupun lelaki itu buta.

Agama Islam mengajar supaya si lelaki hanya berdiam diri sahaja sekiranya perempuan tersebut tidak berkenan di hati. Islam tidak menganjurkan untuk berkata "aku tidak berkenan padanya" kerana perkara tersebut akan menyakiti hati perempuan.

Agama Islam juga memberikan keharusan kepada seseorang lelaki untuk berulang kali memandang perempuan tersebut untuk mengetahui keadaan dirinya yang sebenar supaya tidak timbul penyesalan setelah bernikah. Hal ini kerana wajah seseorang wanita itu menggambarkan kecantikannya dan kedua-dua tangan perempuan itu menggambarkan kesuburan tubuhnya.

Hukum melihat ini bukan hanya disunatkan kepada lelaki sahaja bahkan ianya juga disunatkan kepada perempuan. Wanita juga berhak untuk mengetahui ciri-ciri bakal suami yang akan mengemudi bahtera hidupnya.

Tetapi harus diingatkan bahawa, hukum melihat kepada perempuan atau kepada lelaki itu akan bertukar menjadi haram sekiranya perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah. Hukumnya juga menjadi haram sekiranya pandangan tersebut merupakan pandangan syahwat walaupun selamat daripada fitnah.

Saya harap pembaca mampu untuk membezakan antara berlakunya fitnah dan perkara yang menimbulkan syahwat.

******

ADAKAH HARUS SAYA KELUAR BERSAMA-SAMA DENGAN TUNANG SAYA UNTUK MEMBELI BARANG WALIMAH?

Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang lelaki untuk keluar bersama-sama dengan wanita kerana ada hajat atau keperluan. Hajat yang saya maksudkan di sini ialah keperluan yang memestikan kedua-duanya keluar bersama.

Sebagai contoh seorang wanita memerlukan seorang lelaki yang dipercayai yakni thiqah untuk menemaninya keluar di waktu malam. Pada masa yang sama wanita tersebut tidak mempunyai mahram lelaki. Maka dalam perkara sedemikian dibenarkan oleh syarak.

Sekiranya barang walimah yang hendak dibeli itu memerlukan kedua-duanya keluar bersama, maka hukumnya adalah harus. Tetapi harus dipastikan bahawa perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah.

Oleh itu, saya menyarankan supaya si lelaki tersebut supaya tidak hanya keluar dengan tunangnya sahaja tetapi keluar bersama-sama dengan mahram kepada bakal isterinya tersebut seperti bakal mertuanya, bakal abang iparnya dan lain-lain. Perkara ini boleh mengelakkan daripada berlakunya fitnah.

Harus diingatkan bahawa, godaan syaitan kepada mereka yang sudah bertunang adalah lebih dahsyat daripada mereka yang belum bertunang. Oleh itu, demi memiliki keluarga yang bahagia di masa hadapan maka kita harus berwaspada dan mengikut batasan syarak berdasarkan ilmu dan kefahaman yang dipelajari daripada para alim ulamak.

*******

BAGAIMANA FAHAMAN TENTANG "TUNANG BERMAKSUD KEIZINAN DARIPADA KEDUA-DUA BELAH KELUARGA UNTUK KELUAR BERSAMA" ?

Fahaman ini banyak berleluasa di kalangan pemuda dan pemudi. Mereka menganggap bahawa apabila sudah bertunang maka sudah diizinkan oleh keluarga untuk keluar bersama-sama.

Akad pertunangan bukanlah bermaksud akad pernikahan. Perempuan yang dilamar masih lagi ajnabi (bukan mahram) kepada si lelaki. Oleh itu haram kepada si lelaki memegang atau menyentuh kulit perempuan tersebut. Haram juga bagi lelaki tersebut memandang perempuan dengan perasaan syahwat.

Pada hakikatnya, terdapat beberapa hikmah di sebalik suruhan Islam dalam bab pertunangan. Islam menyuruh umatnya bertunang untuk memulakan hubungan ikatan antara kedua-duanya. Antara hikmah pertunangan ialah kedua-dua belah pihak keluarga saling kenal mengenal antara satu sama lain. Tetapi perkenalan ini tetap mempunyai batasan syarak.

Ada di kalangan masyarakat yang mengenepikan batasan syarak ini lalu melakukan perbuatan mengikut hawa nafsu bukan berlandaskan ilmu dan kefahaman.

Ada juga di kalangan masyarakat yang terlalu syadid sehingga mengenepikan hikmah pertunangan sebagai contoh si lelaki tidak dibenarkan melihat wajah dan mengenali keluarga si perempuan (tunangnya). Mereka menyangkakan bahawa perbuatan tersebut dipuji oleh syarak padahal inilah salah satu daripada fahaman salah yang perlu diperbetulkan.

Perhatikan Usul 'Asyrin ke-16 yang disebutkan oleh Al-Imam Hasan Al-Banna di dalam kitab Risalah Ta'lim

و العرف الـخـاطئ لا يغير حقائق الألـفـاظ الـشـرعية بل يجـب الـتأكد من حـدود الـمعـانى الـمقصود بـهـا و الـوقـوف عـنـدها كـمـا يجـب الإحـتراز من الـخداع اللفـظـى فى كل نواحى الدنـيـا و الديـن . فـالـعـبرة بـالـمـســمـيـات لا بـالأســمـاء

Bermaksud : "Kebiasaan ( u'ruf ) yang salah tidak merubah hakikat lafaz - lafaz syariat bahkan wajib dipastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz - lafaz itu dan terhenti diatas pengertian yang dimaksudkan sahaja sebagaimana jua wajib berwaspada dari tertipu dengan perkataan - perkataan dalam semua bidang , dunia dan agama . ( Iktibar berdasarkan hakikat sesuatu yang dinamakan bukan pada nama)

Oleh itu, saya menyarankan kepada diri saya dan pembaca sekalian untuk beramal merdasarkan ilmu dan kefahaman yang diambil daripada para alim ulamak. Islam mengeji orang yang terlalu memudahkan urusan agama. Dan Islam juga mengutuk orang yang terlalu menyempitkan urusan agama.

Tetapi bersikaplah sederhana berdasarkan ilmu dan kefahaman kerana itu merupakan sikap yang terpuji di sisi syarak.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

.......................................................................................................................................

Rujukan

1. Mughni Al-Muhtaj syarah Al-Minhaj karangan Al-Imam Khatib Syarbini

2. Fath Al-Qarib Al-Mujib syarah Matan Abi Syuja' karangan Al-Imam Ibnu Qasim Al-Ghazzi

3. Hasyiatan Qolyubi wa Umairah karangan Al-Imam Al-Qolyubi dan Al-Imam Umairah

Contoh SMS Orang Tengah Gila Cinta!




1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3. ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4. wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6. wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7. yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8. yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9. ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10. tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11. ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12. ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13. ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang.. ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14. tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15. yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer? 50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,
16. td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17. yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18. yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19. kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum.

Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua.

Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah.

Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak!

Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!

Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya.

Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu

Julang Thaqafah Bakti Di Curah

assalamualaikum wbt...
,.jom kita melaksanekn prgrm BAKTI SISWA TIMUR TNGH 2010,..

TEMPAT:kg gong kemuning,kota bharu kelate,..,..
MASE: 22 hingga 25/09/2010 (selama 3 hari),..


CARA M'DAFTAR:boleh hubungi ditalian:
                 +60105751035/+20113724420
         @bagi name,alamat,nombor tpOn n hantar ke email;
               aZhaR_msr@yahoo.com
               yea_tantawi@yahoo.com
,.....................................................................................................................''

Mata siapa yang tidak pernah menangis...baca lah dgn khusuk


"Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!     

ALLAHUAKBAR! 

Wassallam

Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih 
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin 
kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan 
menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih 
yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud: 

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin 
kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, 
mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka 
atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang 
beragama adalah lebih baik. 

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah). 

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta 
sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan 
harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan
kehidupan rumahtangga. 


Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang 
telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek 
yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan 
hidup keluarga.
Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami 
mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna 
wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dikahwini 
dan
dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketelitian di 
dalam membentuk keluarga yang mahu mencapai peringkat yang ideal. 

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, 
sama ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan 
suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan 
anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak 
menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana 
yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut. 

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' 
atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. 
Jawapannya
ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang 
berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya 
dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam 
melihat adanya
perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, 
manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, 
perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua 
perbezaan
hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada 
insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam 
mengakui darjat-darjat hidup manusia. . 

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang 
mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di 
dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting.
Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, 
yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini 
melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. 
menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam 
perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf 
hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai 
pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti 
kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya 
yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi 
kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang 
disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan 
masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin 
dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan 
masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu.

Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian 
perundangan dan dari sinilah timbulnya masalah kahwin sekufu'. 

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang 
anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk 
mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya.

Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah 
wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, 
demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan. 

Batas Cinta


Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tandakesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau.Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya.Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana allah dengan memupuk dan menyuburkan
ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan
iman demi untuk keizzahan islam tercinta.....


ukhtukum fillah..
ana....

About this blog

About Me

Foto saya
bachok, kelantan, Malaysia
DILAHIRKAN;Pada pagi selasa '23 sep 1986' PENGAJIAN;Pasti Al-Hidayah (1991-1992),sk Kg Chap 'SKKC' (1993-1998),smu 'A' Maahad Darul Anuar Pulau Melaka (1999-2005),Pusat Bahasa Arab Nilam Puri (2006),uni Al-Azhar as-Syarif (2006-skrg)..

Waktu Mesir

Waktu Malaysia

Mata wang Asing

 

Ikan Pila

Komen terbaru

Sport Online

TV Altenatif

KelenDaR


Islamic Calendar

PakaTan RakyaT

aKHBAr TemPaTaN

RaDiO

>
( Radio Box untuk semua, kecil, mudah dan menghiburkan, copy code dibawah dan letaklah di Frindster, Blog atau lain-lain )

Kami ada pelbagai radio online laen di bawah.

  • Radio Hot.FM FrontPage
  • Radio Nasyid.FM FrontPage
  • Radio Gadget ( 50++ )

  • Chit ChAt CorNer


    ShoutMix chat widget

    Followers