Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih 
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin 
kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan 
menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih 
yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud: 

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin 
kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, 
mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka 
atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang 
beragama adalah lebih baik. 

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah). 

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta 
sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan 
harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan
kehidupan rumahtangga. 


Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang 
telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek 
yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan 
hidup keluarga.
Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami 
mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna 
wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dikahwini 
dan
dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketelitian di 
dalam membentuk keluarga yang mahu mencapai peringkat yang ideal. 

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, 
sama ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan 
suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan 
anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak 
menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana 
yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut. 

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' 
atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. 
Jawapannya
ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang 
berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya 
dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam 
melihat adanya
perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, 
manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, 
perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua 
perbezaan
hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada 
insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam 
mengakui darjat-darjat hidup manusia. . 

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang 
mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di 
dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting.
Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, 
yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini 
melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. 
menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam 
perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf 
hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai 
pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti 
kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya 
yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi 
kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang 
disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan 
masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin 
dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan 
masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu.

Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian 
perundangan dan dari sinilah timbulnya masalah kahwin sekufu'. 

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang 
anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk 
mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya.

Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah 
wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, 
demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan. 

0 ulasan:

About this blog

About Me

Foto saya
bachok, kelantan, Malaysia
DILAHIRKAN;Pada pagi selasa '23 sep 1986' PENGAJIAN;Pasti Al-Hidayah (1991-1992),sk Kg Chap 'SKKC' (1993-1998),smu 'A' Maahad Darul Anuar Pulau Melaka (1999-2005),Pusat Bahasa Arab Nilam Puri (2006),uni Al-Azhar as-Syarif (2006-skrg)..

Waktu Mesir

Waktu Malaysia

Mata wang Asing

 

Ikan Pila

Komen terbaru

Sport Online

TV Altenatif

KelenDaR


Islamic Calendar

PakaTan RakyaT

aKHBAr TemPaTaN

RaDiO

>
( Radio Box untuk semua, kecil, mudah dan menghiburkan, copy code dibawah dan letaklah di Frindster, Blog atau lain-lain )

Kami ada pelbagai radio online laen di bawah.

  • Radio Hot.FM FrontPage
  • Radio Nasyid.FM FrontPage
  • Radio Gadget ( 50++ )

  • Chit ChAt CorNer


    ShoutMix chat widget

    Followers