Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih 
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin 
kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan 
menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih 
yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud: 

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin 
kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, 
mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka 
atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang 
beragama adalah lebih baik. 

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah). 

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta 
sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan 
harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan
kehidupan rumahtangga. 


Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang 
telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek 
yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan 
hidup keluarga.
Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami 
mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna 
wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dikahwini 
dan
dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketelitian di 
dalam membentuk keluarga yang mahu mencapai peringkat yang ideal. 

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, 
sama ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan 
suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan 
anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak 
menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana 
yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut. 

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' 
atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. 
Jawapannya
ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang 
berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya 
dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam 
melihat adanya
perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, 
manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, 
perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua 
perbezaan
hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada 
insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam 
mengakui darjat-darjat hidup manusia. . 

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang 
mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di 
dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting.
Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, 
yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini 
melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. 
menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam 
perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf 
hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai 
pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti 
kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya 
yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi 
kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang 
disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan 
masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin 
dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan 
masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu.

Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian 
perundangan dan dari sinilah timbulnya masalah kahwin sekufu'. 

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang 
anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk 
mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya.

Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah 
wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, 
demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan. 

Batas Cinta


Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tandakesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau.Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya.Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana allah dengan memupuk dan menyuburkan
ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan
iman demi untuk keizzahan islam tercinta.....


ukhtukum fillah..
ana....

DIALOG CINTA



Kami tidak berzina!

Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakahitu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpelangaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pon!

Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya/?

Takkan nak berbual-bual pon tak boleh?Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi.Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan.

 Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja*(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)*

Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hyambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid.

Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group.(bagi kes berdua-duaan sahaja)

Study group….?Nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group brdua saja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran.?Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran,yang lain tu………banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar. Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta/?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan dating untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu dating tanpa diundang. Ituadalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. JAngan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

 Tentu ada cinta secara islam.

Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta suci dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan/.?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hamper dengan penzinaan?Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. KAsihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!

Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu.  Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan ajnganlah kamu hampiri pokok khuldi.(jika kamu menghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi.Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina.Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

 Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan keperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam.Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. JAdi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya?

Tanya sikit….adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke??Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina.

Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang mabuk bercinta  akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. CIntanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah taala.

 Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah berfirman : Lelaki berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan berzina pula tidak ingin berkahwin kecuali dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(surah An-Nur:3)Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.

Tidakkah itu penghinaan dariTuhan?Jadi orang yang pernah bercinta hanya layak dengan orang yang pernah bercinta juga?

 Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati!

Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah/?Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?(tidak ada dalam syariat)

Tentu. Mana ada lelaki normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung., bawalah ke hulur ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

 Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya( yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat : Tinggalkan perbuatan maksiat,Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk yang menjurus kea rah percintaan. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum kahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan  keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu ini berdosa…Amin yarabbal alamin…

Moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana! Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dating kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka.

PERJUANGAN

 GAMBAR HIASAN
Perjuangan Itu
Gerun dan mengerikan
hebat dan dahsyat menggerunkan hati
Bagi mukmin Di sini harga dan nilainya
Bagi mukmin Di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu
Bagai Sampan di laut
Di atas Lapang
Tiada Perlindungan
Di bawah air
Melambung dan menggunung
Menongkah gelombang
yang datang melanda

Kiri Kanan
Depan dan belakang
Angin yang menderu
tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang-Kadang
Terdampar di di batu karang
Penumpang Menerima Nasib berlainnan
Ada yang jatuh
ada yang tenggelam
yang pandai berenang
berpaut ke sampan

Ya Allah...
Ya Allah...
Bantulah kami
Hidup di dunia dan akhirat

Ada Yang berjaya
berenang ketepian
Sekali lagi ia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya
Pada Yang ESA

-------------------------
Petikan Nasyid
Dari Kumpulan Soff One

MUTIARA MINDA


 
GAMBAR HIASAN

Teringat pesan ayahanda...
 
"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak
ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita
sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil
baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami...
Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
 
 
 
Peringatan buat diriku yang sering lupa........
 
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita
terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai
masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan
dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita
mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa
tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih
ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan
Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini
sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan
 
ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa
bumi, peperangan
 
dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian
Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar
menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda
kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang
Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita
di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita
fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan
ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri
kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah
kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita
adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah
itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah
kita yakin kita seorang Islam???
 
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah
walau sedetik
 
sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai
berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam
beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di
buai perasaan...
 
 
 
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir
kepada Allah..
 
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat
kepada Rasulullah...
 
 
 
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
 
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai
manusia yang berasal
 
dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin
kita bertuhankan Allah????
 
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa
kita masih
 
mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu
menuntut ilmu.
 
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan
Tasauf... Dapatkah
 
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak
malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari
mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan
umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan
pertahanan diri.
 
 
 
Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada
mereka yang
 
tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh
menyebabkan dosa. Dosa!!!
 
Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang
boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu
yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita
menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga
tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan
mungkar.
 
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita
telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin
solat kita tidak tercela?
 
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah
diredhai Allah?
 
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita
akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
 
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
 
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++,
...
 
* kita yakin semua itu dapat membantun kita
menjelangnya fitnah kubur?
 
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga
dapat membela
 
kita di hari akhirat?
 
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
 
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana
menarik balik nikmat kesihatan?
 
Siapa Kita????
 
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah
yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita
masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah
menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk
menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum
Allah menutup pintu rahmatnya.
 
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang
PASTI......!!!!
 
Siapa kita....????
 
 
 
Wallahu'alam - JKIM :
 
ibu utama
 
A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
 
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
 
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
 
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
 
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
 
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
 
 
 
B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
 
 
 
C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :
 
Orang yang tidak melakukan sholat pada :
 
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
 
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
 
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
 
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:
 
 
 
Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang
lain.


untuk renungan

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat
tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

IKHTILAT DALAM ISLAM

GAMBAR HIASAN

Ta’rif Ikhtilat :
Perhimpunan yang melibatkan bilangan beberapa orang lelaki bersama-sama wanita dalam suatu tempat. Ianya merupakan perkara yang memang berlaku dalam kehidupan manusia secara amnya.
Keadaan Ikhtilat ini berlaku berpandukan suasana masyarakat, keagamaan dan sosialiti sesebuah institusi kemasyaratkatan tersebut. Perkara ini terjadi hatta dalam perkara ibadat sekalipun, contohnya dalam melakukan solat berjemaah, Tawaf, Wuquf di ‘Arafah, melontar di Jamrah dan lain-lain lagi urusan ibadat umat Islam. Bahkan dalam beberapa kes tertentu ia diharuskan dengan beberapa disiplin, untuk mengelakkan mashaqqah dalam kehidupan masyarakat seharian. Antara kes yang boleh dijelaskan ialah, kes pendakwaan di mahkamah dan suasana tempat perkerjaan.
Ikhtilat yang dijelaskan di atas adalah dibolehkan berdasarkan dhorurat yang berlaku dan ianya menepati beberapa kaedah feqh, antaranya :
i. الضرورات تبيح المحضورات
ii. الضرورات تقدر بقدرها
iii. الحاجة تنزل منزلة الضرورة
iv. الضرر الأشد يدفع بالضرر الأخف
Keharusan Ikhtilat dengan berdasarkan kaedah feqh tersebut mestilah dilihat berdasarkan keadaan yang memaksa, bukannya dengan tuntutan nafsu dan shahwat.
Perbezaan di antara Ikhtilat dan Khalwah.
Ta’rif Khalwah : seorang lelaki yang berada bersama-sama seorang wanita ajnabi dalam suatu tempat dengan ketiadaan suami kepada wanita tersebut ataupun mahramnya.
Hukum khalwah bagaimanapun dibolehkan sekiranya keadaan mendesak, sepertimana dalam kes rawatan yang menyebabkan berlakunya khalwah dengan sebab keuzuran mahram wanita tersebut untuk menemaninya. Namun adalah tidak digalakkan bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini dan terjadinya fitnah. Larangan tersebut dapat dilihat dari hadis Nabi s.a.w :


لا يخلون رجا بإمرأة إلا كان ثالثهما الشيطان - رواه الترمذى
Hukum asal bagi perlakuan Ikhtilat adalah harus manakala hukum melakukan khalwah adalah haram jika tidak terdapat di sana keadaan yang dibolehkan oleh syara’. Ianya bertujuan untuk mengelak dari berlakunya fitnah dalam masyarakat.
Dalil yang mengharuskan Ikhtilat.
Secara ringkasnya ia bolehlah dilihat dalam perkara berikut :
i. Wanita pada zaman Rasullillah s.a.w mengahdiri sembahyang berjemaah, solat Jum’at dan majlis-majlis ilmu
ii. Wanita pada zaman Nabi s.a.w turut menyertai peperangan.
iii. Perbualan di antara Saidina Musa a.s dengan dua orang puteri Nabi Shu’aib.
iv. Perbualan di antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Sabak..
v. Urusan perniagaan dan yang seumpamanya adalah tidak dapat lari dari perkara Ikhtilat
vi. Termasuk dalam kaedah ‘umumil Balwa yang tidak dapat dielakakn tetapi mestilah berdasarkan disiplin.
vii. Berdasrkan kaedah feqh yang telah dijelaskan di atas.
D. Abdul Karim Zaidan menjelaskan beberapa keadaan yang dibolehkan berlakunya Ikhtilat :
i. Keadaan darurat dan hajat
ii. Berjihad
iii. Menuntut Ilmu
iv. Memuliakan tetamu dengan ditemani oleh suami atau mahram.
Terdapat keadaan lain yang tidak disebutkan di sini dan ianya bolehlah ditentukan berdasarkan maslahah dan qias selagimana ianya meraikan disiplin syariat dan batas-batas hukum.
Disiplin yang mengharuskan Ikhtilat :
i. Wanita dan lelaki mestilah berada dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna dan mempunyai hijab (penutup) bagi memisahkan mereka berdua. Ia berpandukan firman Allah s.w.t :
يأيها النبى قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهم من جلبيبهن – الأحزاب 59
ii. Wanita tersebut tidak memakai bau-bauan atau perhiasan yang dapat dihidu dan dilihat oleh lelaki ajnabi, berpandukan firman Allah s.w.t :
ولا يبدين زينتهن الا لبعولتهن - النور 31
iii. Tidak menyebabkan berlakunya sentuhan seperti bersalaman atau seumpamanya. Ianya menjadi hukum yang disepakati oleh ulama kerna larangan menyentuh adalah lebih berat dari larangan untuk melihat wanita. Firman Allah s.w.t :
وقل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم ويحفظوا فروجهم وقل للمؤمنات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن،
ذلك أزكى لهم، إن الله خبير بما يصنعون - النور 30- 31
iv. Perbualan yang dilakukan tidaklah menjurus kepada perkara shahwat ataupun meransang kepada hawa nafsu. Bahkan adalah digalakkan untuk memendekkan tempoh percakapan pada kadar hajat dan maslahah dengan menjaga adab dan maruah. Firman Allah s.w.t :
فلا تخضعن بالقول فيطمع الذى فى قلبه مرض وقلن قولا معروفا – الأحزاب 32
v. Tidak mempunyai niat untuk melihat kepada lelaki atau wanita tanpa adanya keperluan. Ianya bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
vi. Tidak mempunyai shahwat ataupun nafsu ketika mana melihat di antara satu dengan yang lain. Ia merupkan mafsadah yang jelas diharamkam oleh syariat. Ia jelas sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis baginda Nabi s.a.w :
لا تتبع النظرة النظرة، فإن الأولى لك والآخرة عليك - رواه أحمد والدارمى
vii. Mengurangkan tempoh percakapan pada kadar yang sesuai mengikut keperluan, bagi mengelak berlakunya perkara yang shubhat dan fitnah.
viii. Mestilah maslahah dari perlakuan Ikhtilat tersebut lebih besar dan utama dari mafsadah yang akan berlaku.
Sekiranya semua disiplin ini dapat dipelihara maka ianya adalah diharuskan oleh syariat, tetapi jika berlaku sebaliknya ianya tetap dihukumkan sebagai haram dengan sebab ternafinya syarat yang telah ditetapkan di atas. Imam An-Nawawi bagaimanapun mengharamkan Ikhtilat sekiranya percampuran tersebut melibatkan seorang wanita dengan ramai lelaki dan mengharuskannya sekiranya melibatkan ramai wanita tetapi seorang lelaki.
( rujuk Sohih Muslim, jilid 9 m.s 109}.
Hukum bercakap dengan wanita malalui talian telefon.
Secara asasnya ia tidak boleh dita’rifkan sebagai Ikhtilat ataupun khalwat. Ini kerana Ikhtilat melibatkan percampuran yang bersifat umum pada suatu tempat, sedangkan perbualan telefon tidak melibatkan unsur-unsur tersebut. Begitu juga dengan khalwat, walaupun ianya hanya melibatkan interaksi dua pihak tetapi tidak melibatkan suatu tempat percakapan. Namun ianya masih tetap dihukumkan sebagai harus sekiranya ia menjaga disiplin yang telah ditetapkan dalam perkara Ikhtilat. Hukum tersebut juga meliputi dalam semua perkara yang melibatkan perbualan dengan menggunakan kemajuan teknologi semasa, sama ada dengan menggunakan talian telefon, Yahoo Masenger dan yang seumpamanya.
والله اعلم بحقيقة الحال وموافق للصواب.

About this blog

About Me

Foto saya
bachok, kelantan, Malaysia
DILAHIRKAN;Pada pagi selasa '23 sep 1986' PENGAJIAN;Pasti Al-Hidayah (1991-1992),sk Kg Chap 'SKKC' (1993-1998),smu 'A' Maahad Darul Anuar Pulau Melaka (1999-2005),Pusat Bahasa Arab Nilam Puri (2006),uni Al-Azhar as-Syarif (2006-skrg)..

Waktu Mesir

Waktu Malaysia

Mata wang Asing

 

Ikan Pila

Komen terbaru

Sport Online

TV Altenatif

KelenDaR


Islamic Calendar

PakaTan RakyaT

aKHBAr TemPaTaN

RaDiO

>
( Radio Box untuk semua, kecil, mudah dan menghiburkan, copy code dibawah dan letaklah di Frindster, Blog atau lain-lain )

Kami ada pelbagai radio online laen di bawah.

  • Radio Hot.FM FrontPage
  • Radio Nasyid.FM FrontPage
  • Radio Gadget ( 50++ )

  • Chit ChAt CorNer


    ShoutMix chat widget

    Followers